PENDAHULUAN

Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah diilancarkan pada 27 Januari 2005.

Terdapat 4 komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti yang berasaskan alam sekitar di sekolah seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Projek Eco-Youth, Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti-aktiviti alam sekitar yang lain. Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program-program pendidikan alam srkitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.


Definisi Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

MATLAMAT
Memantapkan lagi kesedaran dikalangan warga sekolah ini agar lebih menghargai alam sekitar serta kepekaan terhadapnya.